Sunday, 11 November 2012

Aktiviti Hari Minggu

Assalamualaikum.....

Pada minggu ini keluarga mertua aku ada datang rumah, 
sebenarnya cuti deepavali ni kami nak bawa mak serta ayah mertua 
pegi jalan2 ke Melaka.

Jadi pada hari ni aku sibuk la sikit...
Lepas masak untuk makan tengahari 
Hubby bagi cadangan bawa makanan tu ke 
Tasik Permaisuri, ala2 berkelah tepi tasik hehehe.

Tapi kali ni tak banyak gambar yang 
aku snap coz penat n lapar huhuhu....

Tempat duduk tu hanya gegirl jer yang boleh duduk, atok n opah pun kena duduk belakang

Menu: Sayur campur, ayam masak kicap, ikan goreng sambal, nasi putih n nasi lemak

Air lemon special coz hubby yang buat hehehe
Baca doa dulu sebelum ngap 
Ayahchik makan x sempat nak duduk, tak tahan dah lapar sangat coz tak sarapan


Pssst: Bruuup..... erk..... kenyang...
Pssst: Menu tak ada lemak n kurang minyak
Pssst Last: Dah kenyang mata pun ngantuk 

Friday, 9 November 2012

Family day... Entri 2

Assalamualaikum...

Hari nie aku nak sambung citer mengenai Family Day ari tu...
ehh.. ehh... jap..
Bukan nak citer just nak tunjuk gambar jer,
Malas nak taip banyak2  hehehe....
Korang tengok je la yer..



Berbaris untuk pemeriksaan beg


























 

Berkumpul di depan pintu masuk













Sesi beramah mesra sebelum game bermula...




























Anak2 semua dah tak de ngan ibu ayah
Coz dah tak sabar nak berenang huhuhu....

Ada banyak lagi...
Kita sambung di Entri ke 3


Pssst: Sabar yer kalau nak tengok gambar lagi
Pssst: Kalau boleh semua gambar nak masuk dalam blog ni...
Pssst Last: Tungguuuuuu

Monday, 5 November 2012

Family Day.... Entri 1

Assalamualaikum....

Pada 3.11.2012 unit tempat aku bekerja mengadakan Family day di Desa Water Park.
So, sangat la teruja lebih-lebih lagi anak-anak aku...
Bila aku cakap nak bawa dia orang pergi mandi kolam
awal-awal pagi dah bangun terutama yang gegirl pukul 7.30 pagi dah bangun n bersiap.
Tapi buat masa ni aku tak dapat nak cerita sepenuhnya sebab
aku tak collect lagi gambar pada kengkawan yang lain.

So....
Tunggu je lah di next entri...
 


Pssst: Tangan masih sakit-sakit lagi bahana aktiviti kat family day.
Pssst: Hidung dah mula soksek -soksek n mata pun dah pedih.
Pssst last: Kepala dah berdenyut-denyut tapi masih nak taip Pssst last.

Thursday, 1 November 2012

Fuhhhh Penuh Sawang Dalam Blog ni....


Assalamualaikum....
Salam Sejahtera....
Apa khabar semua kengkawan...

Dah setahun x update blog...
Fuhhh berpeluh nak cari idea...
Sampai pening la kepala...
nak citer pasal ape yer...
Waaaa
Tak de idea laaa
Tulunnnnnn
...............
Ok la...
Untuk 1st entri aku citer
pasal anak pompuan aku yang banyak keletah ni...
Najwa ni suka main bedak
Jangan la bagi dia pakai bedak sendiri...
Nak tau jadi apa???
Korang tengok la sendiri
Malas aku nak kabo... 
Jeng... Jeng... Jeng...
Ini la keje nye..
Ayah dia syok jer tido..
Anak pompuan wat keje lain kat belakang...

 Ni aku close up..
Boleh senyum lagi tu...
Muka dah putih sama ngan gigi dia...
Masa ini aku buat muka garang 
Tapi dalam hati gelak besar tengok perangai dia....
Aku nak marah pun x jadi....




Pssst: Sebenarnyer aku update blog ni pengaruh dari En. Hanif
Pssst: En. Earl Carl's nanti ajar cam ner nak joint Nuffnang
Pssst last: bedenyut2 kepala nak pikir untuk next entri

Friday, 21 October 2011

Happy Brithday to Asyraf….

 

Hari nie genap 6 tahun Umur Muhammad Asyraf dan hari ini juga adalah hari Jummat di mana hari yang sama Asyraf dilahirkan. Ibu n Ayah doakan semoga Asyraf menjadi anak yang soleh, menjadi kebanggaan keluarga serta menjadi abang yang baek… Sebenarnya befday Asyraf telah kami sambut awal 2 hari yang lepas, saja nak bagi dia hilangkan tension coz minggu ni Sekolah Tadika Al-Fath sedang mengadakan peperiksaan akhir tahun. Kami just celebrate at Mc Donald n belikan sebiji kek yang kecik tu jer… kat bawah ni gambar-gambar yang sempat kami ambil… lepas tu dah tak ingat nak ambil gambar coz dah lapar hehehe.

Sunday, 26 June 2011

Assalamualaikum....

Dah lama rasanya x n3 blog ni... dan rasa-rasanya masih belum terlambat nak wish Selamat Hari Bapa n Selamat Hari Ibu... dan yang paling penting Happy Birthday kat hubby...

Sorry la.. sayang hanya celebrate ngan sebiji kek kat umah.... i'm sorry... Insyallah kalau de rezeki sayang belanja abang makan hehehe...

Thursday, 19 May 2011

SeLamAt HaRi GuRu...

16 Mei 2011

Bangun.... Selamat Pagi Cikgu.....

Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Malaysia... Segala tunjuk ajar dan didikan yang diberikan kepada anak2 murid sungguh bermakna, serta kesabaran dalam melayan kerenah anak2 murid menjadi contoh kepada kami yang pernah menjadi anak muridnya. Sempena hari guru ini juga aku mengucapkan terima kasih kepada guru-guru di Sek. Keb. Koris, Sek. Men. Keb. Senggarang dan Kolej YPJ Kluang di mana ketiga2 sekolah inilah tempat aku menuntut ilmu.... Terima kasih juga buat cikgu2 di Sekolah Tadika Al-Fath yang telah mengajar Asyraf selama 2 tahun dan melayan kerenahnya yang boelh dikategorikan hyper-aktif...

Bangun..... Terima Kasih Cikgu....



Asyraf seronok buat kad untuk tampal pada hadiah cikgunya...
(3 keping kad dari pukul 10 mlm hingga 11 mlm, ngantuk gilez tunggu dia tulis...)