Thursday 19 May 2011

SeLamAt HaRi GuRu...

16 Mei 2011

Bangun.... Selamat Pagi Cikgu.....

Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Malaysia... Segala tunjuk ajar dan didikan yang diberikan kepada anak2 murid sungguh bermakna, serta kesabaran dalam melayan kerenah anak2 murid menjadi contoh kepada kami yang pernah menjadi anak muridnya. Sempena hari guru ini juga aku mengucapkan terima kasih kepada guru-guru di Sek. Keb. Koris, Sek. Men. Keb. Senggarang dan Kolej YPJ Kluang di mana ketiga2 sekolah inilah tempat aku menuntut ilmu.... Terima kasih juga buat cikgu2 di Sekolah Tadika Al-Fath yang telah mengajar Asyraf selama 2 tahun dan melayan kerenahnya yang boelh dikategorikan hyper-aktif...

Bangun..... Terima Kasih Cikgu....



Asyraf seronok buat kad untuk tampal pada hadiah cikgunya...
(3 keping kad dari pukul 10 mlm hingga 11 mlm, ngantuk gilez tunggu dia tulis...)

Monday 9 May 2011

Nasi Ambeng...



Perjalanan pulang dari kampung kami menggunakan laluan jalan kampung... aku n hubby memang suka ikut jalan kampung... and kami pun memang dah banyak kali nak singgah kat 1 satu warung ni tapi tak berkesempatan, nama warung tu Warung Ibu Nasi Ambeng... warung ni kat area skinchan kot aku x pasti plak nama kampung tu kampung aper...
sori.. gambar nasi ambeng x sempat nak ambil coz dah abis makan baru teringat nak berposing, tapi lebih kurang camtu gambar kat atas rupanya nasi ambeng bagi mereka yang x kenal (nasi putih, sambal goreng, mee goreng, serunding kelapa, ikan kering ni semua menu utama) leh jer tambah lauk lain, selalunya dimakan dalam dulang dan dimakan dalam 4 orang...

Bengkel Cendawan...

Sebelum ni aku de citer m'ngenai berita yang tidak disangka-sangka tu kan... Setelah selasai urusan pengkebumian jenazah Arwah Mak Long hubby, kami ingat nak terus balik ke Kuala Lumpur, tapi mengenangkan badan dah penat n hari pun dah petang kami stay lagi 1 malam kat kampung, maknanyer pada ari selasa kami cuti n asyraf ponteng sekolah.

Pada hari selasa selepas sarapan kami singgah di bengkel cendawan yang diusahakan oleh mak mertua aku, Alhamdulillah inilah rezeki yang Allah beri kepada keluarga mertua aku...



Suasana di luar dan di dalam rumah cendawan...



Gambar di atas adalah cendawan yang baru keluar dan boleh dipetik pada keesokkan harinya..



Ini adalah cendawan yang baru saje kami petik..
tapi hasil pada hari itu kurang memberangsangkan sebab dah 2 ari mak mertua aku x pegi ke bengkelnya sebab menguruskan jenazah awrah adik iparnya, walau apa pun sedikit atau banyak rezeki yang kita terima kita harus bersyukur sekurang-kurangnya Allah masih memberi kita rezeki dan rezeki itu adalah rezeki yang halal dari titik peluh kita sendiri...
pada aku, seronok ooo petik cendawan... hehehe

Friday 6 May 2011

Berita Yang Tidak Disangka-sangka

Allah Maha Berkuasa....

Pada 27 April 2011 aku mendapat panggilan dari mak mengatakan seorang sepupuku di Johor Bahru telah dimasukkan ke ICU Hospital Johor kerana tidak sedarkan diri (koma)(sebab2nya x yah la aku critekan..) Aku... memanglah cemas masa dengar berita tu... dan Alhamdulillah pada hari Jumaat dia (sepupu) dah sedar dan telah dimasukkan ke wad biasa.

Tetapi pada ari Ahad kami sekeluarga menerima panggilan dari adik ipar mengatakan ibu saudara hubby telah kembali kerahmatullah... Itulah berita yang tidak disangka-sangkakan dan kami sekeluarga bergegas pulang ke Perak...

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segalanya, dalam kami teragak-agak untuk pulang ke Johor Bahru terus balik ke Perak...