Monday 31 May 2010

28 - 30 Mei ( Sempena Cuti Wesak)

GELAGAT AYSRAF DAN NAJWA

Najwa berpossing di atas pelamin

Bersama Faiz & Fahmi (Sepupu mereka)

Asyraf menunjukan keris
Panjang mata: 90.7 cm
jumlah lok: 17 Lok

Asyraf di salah satu rumah pameran
yang berada di Pasir Salak

Najwa bersama bean kesayangan
di rumah pengantin

Asyraf & Najwa beraksi
di hadapan Muzium Pasir Salak


Fadzil melayan kerenah anak saudara



3 Hari, 3 Tempat (Teluk Intan, Pasir Salak & Sitiawan)
28 Mei pagi...
Kami bergerak ke Kampung Bahagia, Teluk Intan untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu hubby. Setelah mendapat bilik hotel, hubby dan bapa mertua terus bergegas ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, setelah makan tengahari dan berehat hubby dan bapa mertua bergerak ke Kampung Bahagia kerana pada petang itu diadakan majlis pernikahan, manakala di sebelah malam kami sekeluarga dan bapa mertua pergi semula ke Kampung Bahagia untuk menghadiri majlis berinai dan rebana....
29 Mei tengahari...
Kami checkout dari hotel dan terus ke Kampung Bahagia untuk menghadiri majlis persandingan pula. Tepat pukul 2.30 petang, setelah bersalam-salam dengan saudara-mara (menandakan kami ingin berundur) kami sekeluarga bergerak ke Pasir Salak untuk melawat tempat bersejarah di sana... Setelah penat berjalan-jalan di muzium dan rumah pameran, kami mengambil keputusan untuk batalkan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dan terus balik ke kampung mertua....
30 Mei pagi....
Oleh kerana semua yang berada di rumah kepenatan, bapa mertua mengajak kami bersarapan di luar sahaja lagi pun mak mertua masih lagi di Kampung Bahagia, Teluk Intan. Dalam perjalanan untuk bersarapan sempat lagi kami singgah di Showroom Proton untuk melihat kereta Exora dan Persona (almaklumlah adik ipar yang bongsu kerja di sana), setelah itu baru kami semua ke Restoran briyani untuk bersarapan... Sedang syok memilih menu kami menerima panggilan daripada mak mertua yang dalam perjalanan balik dan akhirnya sarapan bersama-sama kami....
30 Mei petang...
Sedang kami bersiap-siap untuk pulang ke Kuala Lumpur, didapati kereta menghadapi masalah... nasib baiklah ada bengkel yang beroperasi pada hari minggu, jadi kami bergerak dari kampung lebih kurang dalam pukul 5 petang dan sampai di Kuala Lumpur pada pukul 10.30 malam.
Itulah cerita kami 3 hari, 3 tempat....
Kepada keluarga mertua dan adik-adik ipar terima kasih banyak2 kerana membantu sewaktu kereta rosak....


Wednesday 19 May 2010

Permata Hatiku

Muhammad Asyraf

Nurul Aini Najwa

40 KESILAPAN IBU BAPA

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat (tidak menjaga adab semasa jimak).
3. Kurang berlemah lembut terhadap anak‑anak
4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak‑anak
5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak‑anak
6. Jarang bersama anak‑anak sewaktu mereka sedang makan
7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
8. Membeza‑bezakan kasih sayang terhadap anak‑anak
9. Kurang melahirkan kasih sayang
10. Sering mengeluh di hadapan anak‑anak
11. Tidak meraikan anak‑anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
12. Tidak mengenalkan anak‑anak dengan konsep keadilan
13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak‑anak
14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak‑anak
15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak‑anak
16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
17. Mengizinkan anak‑anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak‑anak
19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak‑anak
20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak‑anak
21. Tidak menggunakan bahasa yang betul
22. Suka bertengkar di hadapan anak‑anak
23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak‑anak
24. Tidak membimbing anak‑anak supaya mematuhi syariat
25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak‑anak
26. Terlalu mengongkong kebebasan anak‑anak
27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak‑anak
28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak‑anak
29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak‑anak
30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak‑anak
31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak‑anak
32. Lambat memberi penghargaan kepada anak‑anak
33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak‑anak
34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
35. Sering mengancam dan menakutkan anak‑anak
36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak‑anak
38. Memberi nasihat yang sama kepada anak‑anak
39. Tidak tegas mendidik anak‑anak
40. Tidak menggalakkan anak‑anak hidup bekerjasama

" Mak dan abah terima kasih kerana telah mendidik saya sejak kecil dan sehingga sekarang saya masih dahagakan didikan dan kasih sayang daripada mu..."

Buat anak-anak ibu....
Jika ibu marah itu tandanya ibu sayang kamu, tidak pernah dan tidak ada perasaan pilih kasih diantara kamu berdua. Sesungguhnya kamu berdualah permata hati ibu....

Tuesday 18 May 2010

16 April 2010





Sambutan Birthday Di Office



Makan malam di Restoran Tupai-Tupai



Hadiah Daripada Suami



Pada 16 April 2010 birthday yang ke 31, ermmm dah makin meningkat usia. Semua perkara yang berlaku pada usia yang lepas akan aku jadikan sebagai pengalaman dan pengajaran untuk di masa akan datang.



Terima kasih tak terhingga terutamanya kepada hubby tersayang, anak2 dan juga kawan2 kerana mengingati tarikh 16 april....


Sesungguhnya kamu semua adalah org yang dekat dihati ku.

Wednesday 12 May 2010

Apa erti tangisan ini??


Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w bersabda;

“Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata
yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada
Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi
sabillah di waktu malam.”

“Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat
naungan Allah di hari qiamat”seseorang yang berzikir
bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah
swt lalu bercucuran air matanya.”

“Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut
kepada Allah, maka berguguran lah dosa‑dosanya bak
gugurnya dedaunan dari pepohonan kering.”


Berkata Salman Al Faarisi r.a
Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para
sahabat‑sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat
malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk
ke syurga atau neraka.


Berkata Ibnu Qayyim, terdapat 10 jenis tangisan.
Iaitu;
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut‑ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik ‑ pura‑pura menangis.


“..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang
tertawa dan menangis.” (An Najm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis,
serta menciptakan sebab tercetusnya tangisan itu
sendiri. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini.
Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke
bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia
berlaku setiap hari tanpa putus‑putus. Sepertilah
sungai yang mengalir ke laut tidak pernah
berhenti. kalaulah air mata itu di tampung banjirlah
dunia ini.


Tangis yang tercela dan terpuji

Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi
mayat dengan meraung dan memukul‑mukul dada atau
merobek‑robek pakaian.

Ada pula tangisan sangat‑sangat di puji dan di tuntut
iaitu tangisan kerana menginsafi dosa‑dosa yang silam
atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Air mata yang tidak di tuntut

Janganlah menangis kalau tak tercapai cita‑cita bukan
kah Tuhan yang telah menentukannya.
Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma
lakonan.
Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin
dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan
mungkin kita kurang membuat persediaan.
Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan
sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat
yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.

Tangisan yang memadamkan api Neraka

“Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang
menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan
tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya
mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori
oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu
kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah
ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan
kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat
memadamkan lautan api neraka.”

Air mata taubat Nabi Adam a.s

Nabi Adam menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak
ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa
yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan
air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air
matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu
manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung
telah meminum akan air mata Adam lalu berkata,”Manis
sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka
burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan
tangisannya.
Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan
mewahyukan, “Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah
menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat
mu!.”

Dari itu...

Simpanlah air mata‑air mata tangisan itu buat bekalan
untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah
melanda diri, segala dosa‑dosa yang berupa bintik2
hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk
menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu
dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia
menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih
kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan
moga‑moga akan mendapat ampunanNya jua.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,

..dan dosa‑dosa yang silam di sulami dengan taubat
kepada Dzat yang Memiliki mu.”

SATU SENYUMAN MEMBINA DIRI SEHARI DAN SECUBIS KEMARAHAN MENJADIKAN 40 HARI KEMURUNGAN


Binalah senyuman walaupun amat perit untuk dilaksanakan