Friday, 18 March 2011

Belakang Tabir Majlis Persandingan Fir & Aien















Majlis Perkahwinan Firdhaus & Aien

MaJLis PoTOng Kek & MemBuKA HaDIah

13 Mac 2011 - Pada Sebelah malam Adalah acara memotong kek dan membuka hadiah oleh pasangan pengantin, sepertia biasa meja kek dikelilingi kanak-kanak termasukla Asyraf & Najwa, menu makan malam adalah satay... Begitu juga semasa membuka hadiah anak2 dan anak2 buah aku yang pali xcited nak buka hadiah tu... gambar kanak2 yang comel tu adalah ahli keluarga mertua aku yang paling kecil baru berusia setahun lebih...







untuk Pie N Aien : SeLAmaT PenGAnTIn BaRu, semoga kekal hingga ke akhir hayat.... Amin.....

Majlis Perkahwinan Firdhaus & Aien

MaJLis PerSAndINgan Di RuMAh FirDHauS

13 Mac 2011 - Hari yang di tunggu-tunggu telah tiba, kini giliran rumah mertua aku pulak yang membuat Majlis Persandingan anak lelaki bongsunya... segala yang dirancang berjalan lancar, menu nasi putih dan lauk pauk kampung memang menyelerakan. Cuma yang sedihnya makanan habis sebelum penganti sampai, nasib baik ada bahan basah yang boleh dimasak dan dijamu pada tetamu, kepada tetamu saya wakil daripada pihak keluarga mertua memohon maaf sekiranya ada yang tidak dapat menikmati kesemua lauk pauk pada hari tersebut. Nak dijadikan cerita pengantin pulak tiba lambat di waktu orang ramai tertunggu-tunggu untuk melihat kedua mempelai bersanding katanya ada masalah sedikit sebelum berangkat ke rumah keluarga mertua tapi tidak mengapalah, Alhamdulillah semuanya selamat sampai.... Anak-anak aku plak (najwa & Asyraf) aku jadikan flower girl & boy so far mereka berdua sporting nak ikut ayah chunya berarak ditengah panas...
Dibawah ini ada sedikit gambar kenangan yang sempat aku ambil...















Wednesday, 2 March 2011

AIRMATA RASULULLAH S.A.W

Tiba‑tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam."Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya, "tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah‑olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu‑pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan."Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik‑detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat‑urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyatnya maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku ‑ peliharalah shalat dan peliharalah orang‑orang lemah diantaramu". Diluar pintu, tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?" "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini,mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wasalim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Agar timbul kesadaran untuk kita mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Karena sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin...

Usah gelisah apabila dibenci manusia karena masih banyak yang menyayangimu di dunia tapi gelisahlah apabila dibenci Allah karena tiada lagi yang mengasihmu diakhirat.

Tuesday, 1 March 2011

Birthday Najwa - 3 Tahun









28.2.2011 Genap umur najwa 3 Tahun...
Pada waktu malam kami sekeluarga meraikan beday girl kat pizza dengan kek yang comel.
Masa dalam perjalanan nak beli kek n nak ke restoran Pizza Hut dah pesan beday girl x leh nakal2 so dalam kereta dia duduk diam n sopan jerk.

Bila dah duduk kat meja, dia dah tak sabar la plak nak pasang lilin n tiup lilin, bila time potong kek malu2 plak...

Asyraf memang suka makan kek, so hampir suku kek najwa dia makan yang najwa plak bila nampak spageti dah tak pandang kek...

Ibu suka tengok gelagat najwa waktu nak potong kek... Malu2 konon... tapi senyum sampai ke telinga...