13 Mac 2011 - Hari yang di tunggu-tunggu telah tiba, kini giliran rumah mertua aku pulak yang membuat Majlis Persandingan anak lelaki bongsunya... segala yang dirancang berjalan lancar, menu nasi putih dan lauk pauk kampung memang menyelerakan. Cuma yang sedihnya makanan habis sebelum penganti sampai, nasib baik ada bahan basah yang boleh dimasak dan dijamu pada tetamu, kepada tetamu saya wakil daripada pihak keluarga mertua memohon maaf sekiranya ada yang tidak dapat menikmati kesemua lauk pauk pada hari tersebut. Nak dijadikan cerita pengantin pulak tiba lambat di waktu orang ramai tertunggu-tunggu untuk melihat kedua mempelai bersanding katanya ada masalah sedikit sebelum berangkat ke rumah keluarga mertua tapi tidak mengapalah, Alhamdulillah semuanya selamat sampai.... Anak-anak aku plak (najwa & Asyraf) aku jadikan flower girl & boy so far mereka berdua sporting nak ikut ayah chunya berarak ditengah panas...
Dibawah ini ada sedikit gambar kenangan yang sempat aku ambil...
Friday, 18 March 2011
Majlis Perkahwinan Firdhaus & Aien
MaJLis PerSAndINgan Di RuMAh FirDHauS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment