Monday, 18 October 2010

Sungai Chongkak & I_City

Pagi Di Sungai Congkak,
Malam Di I_City, Shah Alam.
Assalamualaikum....
Salam 1 Malaysia....

Dah lama rasanya x update blogger ni, kalau nak ikutkan banyak perkara yang nak diceritakan dalam blogger ni tp.... x payah lah.... cuma saya nak ceritakan aktiviti kami sekeluarga pada 16 Oktober 2010.
Pada hari sabtu (16.10.2010) pagi kami ke Sungai Congkak bersama-sama sepupu yang baru sampai dari Johor, saja bawa anak-anak pegi main air sungai, lagi pun dah lama x bawa Asyraf & Najwa mandi sungai... So kat sini adalah sedikit gambar yang sempat diambil, itu pun dah lama berendam dalam air baru teringat nak ambil gambar, seronok sangat main air sampai terlupa nak berposing hehehe...




Pada sebelah malam pula kami ke I-City di Shah Alam....
Tempatnya boleh la dikatakan menarik dan luas.....
Iqbal, Asyraf & Najwa berposing sakan.....



Tuesday, 21 September 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...

Kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan mohon maaf kepada semua umat islam di Malaysia Khususnya & di dunia di amnyer...

Sama-samalah kita menghayati dan mengamalkan amalan yang baik serta membuka pintu hati untuk memberi kemaafan kepada semua orang yang kita kenali dan memohon maaf sesama kita.





Thursday, 12 August 2010

SEMBAHYANG TARAWIKH
a) Hukumnya sunat muakkad (yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan samada secara berseorangan atau berjamaah.
b) Sunnat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat sembahyang orang-orang Islam.

2. Waktu Sembahyang Tarawih:
Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isya’.

3. Rakaat Sembahyang Tarawih:
a) Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Tarawih ini sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.
b) Pada zaman Rasulullah s.a.w. sembahyang Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan.
c) Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.
d) Sembahyang Terawih hendaklah ditunaikan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.
Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain juga.

Ramadhan Al - Mubarak

PUASA
(Petikan dari Kitab Tuntutan Ibadah: Perukunan Ibadah Sepanjang Zaman oleh As-Shaikh Ali b. Abdullah)

Ertinya:
Menahan diri dari makan dan minum atau apa-apa jua yang boleh membatalkan puasa, sepanjang hari mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari dalam sebulan bulan Ramadhan. Perintah wajib puasa turun pada bulan Sya’ban Tahun 2 Hijrah.
Wajib Puasa:
1) Islam
2) Mukalaf
3) Berkuasa/Mampu untuk berpuasa, tidak uzur
4) Telah melihat anak bulan Ramadhan atau mensabitkan bulan Ramadhan dengan menggenapkan bulan Sya’ban 30 hari.

Sah Puasa:
1) Beragama Islam sahaja, lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang telah mumaiyyiz.
2) Suci dari haid dan nifas.
3) Sempurna akal fikirannya sepanjang hari itu.
4) Bukan pada hari yang tidak sah puasa eg. Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan Hari Syak (30hb Sya’ban).

Rukun Puasa:
1) Niat, di waktu malam mulai selepas Maghrib sampai sebelum terbit fajar.
2) Meninggalkan semua perkara-perkara yang membatalkan puasa sejak terbitnya fajar sampai terbenamnya matahari.

Membatalkan Puasa:
Sekiranya
1) Memasukkan benda/sesuatu ke dalam jauh rongga seperti mulut, hidung, telinga, atau lubang-lubang kemaluan dengan sengaja.
2) Muntah dengan sengaja.
3) Mengeluarkan mani dengan sengaja.
4) Haid atau nifas.
5) Bersetubuh di siang hari (selain membatalkan puasa ia juga ada hukum tersendiri iaitu diwajibkan membayar kifarah).
6) Murtad (keluar dari Islam).
7) Gila (hilang akal).

Sunat-sunat Puasa:
1) Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka
yang menyegerakan berbuka”.
2) Makan sahur walaupun sedikit.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan kamu tinggalkan, walau
hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang yang makan
sahur dan malaikat mendoakannya”.
3) Melambatkan makan sahur iaitu lepas daripada tengah malam dan sebelum waktu imsak.
4) Berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis.
5) Memperbanyakkan membaca Al-Quran.
6) Memperbanyakkan sedekah.
7) Beriktikaf siang hari dalam masjid.
8) Menghadiri majlis-majlis ilmu.
9) Menyediakan makanan untuk berbuka untuk orang-orang berpuasa.
10) Jangan bersugi setelah tergelincir matahari ke arah barat sehingga terbenamnya matahari kerana boleh memakruhkan puasa.

Golongan Yang Harus (Dibenarkan) Berbuka Puasa:
1) Orang yang di dalam (perjalanan - musafir), tetapi wajib di qada’.
2) Orang sakit, wajib di qada’.
3) Ibu yang menyusukan anak, jika takut mudharat bagi dirinya, maka wajib qada’ dan jika takut mudharat bagi anaknya maka wajib qada’ dan fidyah.

Monday, 5 July 2010

Birthday Hubby....

Assalamualaikum n selamat sejahtera...
Dah lama tak update laman blog ni,
2 minggu kebelakangan ni buzy sikit so hari ni ada
kelapangan boleh la update apa2 yang patut.













25 Jun 2010....
Adalah birthday hubby...
Malam tu kami sekeluarga meraikan birthday hubby di
Al-Rawsha restoran makanan Arab dekat kawasan Ampang.
Harap-harap hubby happy.....